Friday 24 April 2015

ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 3)

S.K. | 16:32 | 0Comments |
Bismillah. 

Hai! Er, Cerita pasal Palam lagi? Ohhohhhooo.. Ada lagi 2,3 entry pasal Palam sebelum aku move on. Jangan lah bosan dulu. Cik Yaya masih dalam mood mengimbau suasana Palam. Okay, seterusnya aku nak cerita serba sedikit mengenai bangunan yang akan adik-2 gunakan untuk belajar nanti.

Bangunan utama yang akan digunakan adalah :
FSK 7
FSK 6
FSK 1,5
FF1 dan FF2
FF3
FF4
Bangunan-2 ni kebanyakannya akan bersambung antara satu sama lain. Untuk minggu pertama, kamu pasti akan keliru, tapi lama-2, da biasa, kuranglah kekeliruan tu. Jadi, sebelum mula kelas, sehari selepas habis MDS, kamu turunlah ke bangunan fakulti, melawat tempat yang akan kamu gunakan untuk kelas pertama supaya kamu tak lewat dan tak salah masuk kelas.

Bangunan FSK 7, bersambung dengan bangunan PSB. Dekat FSK 7 ni terletaknya Dewan Kuliah kamu nanti. Dewan Kuliah kita panggil sebagai DK. DK-2 dekat bangunan FSK 7 ni besar-2 belaka, boleh muat dalam 500 orang pelajar atau lebih. Dekat bangunan FSK 7 ni juga ada satu mesin ATM, mesin ATM Affin Bank, kalau tak silap. Kemudian ada satu gerai yang dinamakan Daddy's. Gerai ni kecil je, jual makanan-2 dan minuman untuk sarapan, makan tengahari dll.. Ada jual roti, karipap. In sha Allah, harga berpatutan. Jadi, untuk mereka yang malas berjalan jauh pergi ke PSB, beli makanan dekat Daddy's ni pun da okey, sebab ye lah, kadang-2 kita mengejar masa untuk pergi ke kelas, dalam masa yang sama kita lapar, jadi Daddy's la pilihan yang sesuai untuk beli makanan.

Seterusnya bangunan FSK 1,5. Aik? Kenapa tak citer pasal bangunan FSK 6 dulu? Sabar ye adik-2, aku cerita mengikut susunan bangunan. Okeh, Bangunan FSK 1,5 bersambung dengan bangunan FSK 7. Bangunan ni adalah bangunan yang terpenting untuk pelajar asasi. Kenapa? Sebab dekat bangunan FSK 1,5 ni terletak  surau, makmal Kimia dan Biologi, Bilik Kuliah (BK), Bilik Pensyarah (BP), Bilik Rehat Pelajar dan Pejabat Pusat Asasi. Aras yang kamu akan guna adalah aras 2,5 dan 7. Aras-2 lain kamu tak guna. Untuk aras 2, biasanya sebagai laluan untuk ke bangunan lain dan kat sini terletak surau. Surau lelaki dan surau perempuan. Pejabat Pusat Asasi, Makmal Kimia dan Biologi dan Bilik Pensyarah Senior ada kat aras 5. Manakala aras 7 pula adalah BK, BP dan bilik rehat pelajar. Oh ya. kalau tandas pula, setiap aras akan ada tandas. Aras 2,4,6 merupakan tandas perempuan dan aras 1,3,5,7 merupakan tandas lelaki. Mengenai surau di aras 2 FSK 1,5 ni, surau ni kecil sahaja. Kalau kamu datang awal, kamu tak payah berebut untuk ambil wudhu' dan tunggu turn untuk solat, kalau lambat akan penuhlah surau. Alternatif lain, gunalah surau FF2, lebih besar dan selesa.


Kita masuk pula ke bangunan FSK 6. Dekat bangunan ni ada BK dan Dewan Peperiksaan (DP). FSK 6 merupakan bangunan yang paling tinggi dalam Palam. Jangan lupa naik rooftop nanti. Kamu dapat lihat keseluruhan Palam nanti. Kalau yang gayat tu, hati-2. Eh, takkan BK dan DP je ada dekat bangunan FSK 6? Mestilah tak.. Ada banyak lagi bilik dan pejabat. Tapi, kamu tak guna. Bilik-2 lain adalah untuk kegunaan pelajar degree dan diploma. Untuk tak peningkan kamu, aku tak cerita la. Arasso? Bangunan FSK 6 tak terikat dengan mana-2 bangunan lain. Bangunan ni berdiri sendiri dan dia adalah bangunan paling belakang sekali dekat Palam.


Bangunan FF1. Bangunan FF1 tak kurang pentingnya untuk pelajar asasi. Segelintir pensyarah, bilik mereka dekat bangunan FF1 ni la. Kebanyakannya pensyarah CTU (Agama) dan ELC (English). Selain tu,  Pejabat Bendahari ada dekat bangunan FF1 ni, kalau kamu kena bayar saman atau ada urusan mengenai kewangan, Pejabat Bendahari lah tempat untuk kamu selesaikan masalah. Dekat aras 1 FF1, kalau kamu rajin melawat. Kamu boleh tengok pembinaan bangunan-2 Palam ni.


Bangunan FF4, ahaa.. Bangunan ni berbentuk kotak. Dekat bangunan FF4 hanya ada DK. Jumlah DK dekat FF4 adalah 11. Kebanyakan kelas, biasanya, jadual lecture dia akan buat dekat DK di FF4. Bangunan FF4 bertentangan dengan bangunan FF1.

Bangunan FF1 bersambung dengan bangunan FF2. Bangunan FF2 pula ada surau, makmal komputer, DP dan Bilik TEC. Surau lelaki terletak di aras 1 manakala surau perempuan terletak di aras 2. DP ada di setiap aras bermula daripada aras 2. Makmal komputer aku tak ingat dekat aras berapa. Sebab pernah masuk sekali je. Kemudian, bilik TEC. Apa tu? Bilik TEC sama fungsi dengan BK. Tempat untuk kamu belajar tutorial.

Bangunan FF2 bersambung dengan bangunan FF3. Jangan sesat tau.. Bangunan FF3 ni gelap-2, Kalau tak berani jalan sorang-2, jalan la berdua atau berkumpulan. Okeh, dekat bangunan FF3 ni terletak makmal Fizik dan makmal-2 yang lain. Untuk pelajar asasi, bangunan FF3 digunakan untuk pergi ke makmal Fizik sahaja,

Aku rasa sampai di sini sahaja pengenalan bangunan-2 di Palam.. Memang aku tak cerita semua bangunan. Tak syokk la kalau cerita semua bangunan. Aku cerita bangunan yang penting-2 sahaja untuk kegunaan pelajar asasi.. Lain-2 bangunan, kamu kenalah discover sendiri. Barulah ada pengalaman. :D

Bangunan paling tinggi tu adalah FSK 6

Ketinggalan entry Palam?

P/s :
Ni cerita masa tahun 2014 - 2015 . . Sekarang mungkin dah banyak berubah :D

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥