Saturday, 13 June 2015

Transkrip Rasmi UiTM

syafi khizar | 18:40 | 102Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Transkrip.. Apa tu??? Dalam bahasa mudah, transkrip ni macam report card sepanjang sem kita berada dekat sesebuah universiti. Transkrip penting untuk minta kerja, mohon biasiswa, mohon sambung belajar, etc..Peringatan kepada semua , transkrip ini amat penting sebelum masuk degree , sebab ia adalah dokumen yang perlu kita sediakan . Pesanan dari Yaya , lepas dapat result final je , terus isi borang nak amik transkrip , kalau tidak , kamu akan susah bila nak masuk degree nanti .

Memandangkan Yaya lepasan pelajar asasi UiTM.. Maka untuk itu, Yaya akan terangkan sedikit prosedur dalam mendapatkan transkrip UiTM..

Cara pertama (Pos):
  • Download borang dekat sini http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/transkripnew.pdf 
  • Print dan isi borang tu
  • Beli wang pos RM10 atas nama Bendahari UiTM
  • Hantar borang dan wang pos (Tak perlu poskan sampul surat kosong) ke alamat :
    Students Records and Convocation Office of Registrar,
    Level 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah,
    Universiti Teknologi Mara,
    40450 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tunggu 5 hari bekerja, transkrip kamu akan sampai depan pintu rumah kurang dari 2 minggu, bergantung pada tarikh surat kamu sampai kat office bahagian konvokesyen tu..
Cara kedua (Walk-in):
  • Bayar dekat mesin ATM Bank Islam RM10
    Masukkan card > Nombor pin > Bank Islam > Lain-2 > Yuran IPT & Bil > Yuran IPT > Masukkan nombor IC > Pilih yang ada nombor matriks + 007 (kalau tak silap)
  • Pergi UiTM Shah Alam [Bawa sekali resit yang dah bayar RM10 tu)
  • Pergi Pejabat Konvokesyen kemudian cakap nak ambil transkrip
  • Isi borang, tunjuk resit Bank Islam RM10 tunggu sekejap, kemudian dapatlah transkrip kamu nanti :D

102 comments:

  1. Salam, tumpang tanya, beli wang pos rm10 tu beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Boleh beli di kaunter pejabat pos

      Delete
    2. salam nak tanya, (Tak perlu poskan sampul surat kosong) nii ape maksudnya

      Delete
    3. Wsalam , maksudnya , uitm tak perlukan sampul surat lain untuk poskan transkrip kita tu, dia akan pos guna sampul surat uitm sendiri

      Delete
    4. salam, nak tanya kalau walk in tuu memang terus dapat on the spot ke?

      Delete
    5. Wsalam. Yup. Dapat on the spot. Tapi, kena tggu sikit la.. dalam 1/2 jam atau lebih. Depends pada orang yg uruskan tu. Boleh dapat on the same day

      Delete
    6. thank you , and also nak tanya lagi satu soalan, wang pos tu apa maksudnya kena beli under nama bendahari?

      Delete
    7. Kalau pergi pejabat pos nak beli wang pos, biasanya, orang kat pejabat pos tu akan tanya, nak beli atas nama siapa, so, cakap bendahari uitm. kalau dia tak tanya, tak payah cakap.

      Delete
  2. salam,
    thank you so much for this blog entry, it really does helped me a lot!
    just a question i may ask, is the student verification letter (borang pengesahan pelajar) a must have before furthering studies in degree programmes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. No need at all.. U need tt only if u do your practical or internship..

      Delete
  3. borang boleh dilipat atau mesti dipos dengan sampul besar? poslaju boleh ke?

    ReplyDelete
  4. Bila nak masuk degree, diperlukan ke transkrip ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada iv untuk kos tu , diperlukan . Kalau takde iv , tak diperlukan . Cuma akan diperlukan balik masa nak iv kerja nanti :) Harap membantu

      Delete
    2. Okay thank you so muchhhh!!!!!

      Delete
    3. No biggie . Most welcome :)

      Delete
  5. Replies
    1. Yups . Semua boleh , Lepasan Asasi , Diploma , Degree , Master , pHd

      Delete
  6. If kita nak minta kawan wakilkan secara walk in bokeh tak? Ada apa2 dokumen diperlukan tak macam no.ic ke atau no. Matrik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh . Bagi semua info yang ada dalam borang untuk ambil transkrip . tu je . & bagilah kawan tu RM10 . >_<

      Delete
  7. Salam kak. Saya kurang faham procedure lepas dah beli wang pos. letak borang dan wang pos dalam sampul surat lepas tu tulis alamat uitm pada sampul surat dan pos laju? Maknanya kena beli setem untuk pos laju? Kalau perlu setem, kena beli setem yg brapa ringgit? Dan tak perlu sediakan sampul surat kosong ke untuk pihak uitm pos transkrip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak , pilih salah satu . Kalau nak pos biasa, letak dalam sampul surat putih biasa tu, kalau nak pos laju, letak dalam sampul pos laju. Cuma pos biasa yang kena ada setem , around 60 sen setem. Tak perlu bagi sampul surat kosong , sebab nanti , pihak UiTM pos transkrip guna sampul surat diorang warna coklat

      Delete
    2. sis, cara ni memang boleh guna lagi ke? saya student uitm perlis, if nak transkrip ni boleh pos dekat shah alam jgk ke? and transkrip ni boleh guna untuk apply job tak? tqsm

      Delete
    3. Hi, sorry, tak perasan, semua urusan transkrip berpusat kat uitm s.alam, boleh guna untuk apply job

      Delete
  8. Hello sis, nak tanya. Saya rasa batch kita sama, asasi 2014-2015. Finals dah lama habis, tapi i keep on lupa nak buat academic transcript. Skrng dah setahun lebih, rasannya by now masih tak record academic transcript saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Yup, boleh aja. Baru setahun. 😇

      Delete
  9. tumpang tanya, kalau walk in tu kene print borang n isi jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better isi, untuk mudahkan urusan. Sebab kalau da isi siap-2, kat sana takyah isi da.

      Delete
  10. Akak, maaf menganggu. Saya just confuse lagi pasal transkrip ni. Transkrip ni mmg diperlukan ke waktu pendaftaran untuk kemasukan asasi ataupun kite boleh buat lagi transkrip ni nanti lps dah masuk uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu kemasukan asasi tak perlu. Kalau kemasukan degree baru perlu. Sebab transkrip ni awak dapat lepas abis asasi.

      Delete
  11. asalam..
    nak tanye.. proses nak mintak mini transkrip pon sama mcm tu kerr..
    tenkiu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, Mini transkrip kena ambil dekat kampus yang kita belajar

      Delete
    2. Klo transkrip hilang,bole pkai cara ni ke nk apply transkrip lain?

      Delete
  12. Akak, transkrip sy hilang. Utk mohon smula sy guna cra ni boleh ke

    ReplyDelete
  13. Salam kak. Sy lepasan matrik. Kalau sy tak dapat transkrip sy, apa patut sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, call UiTM atau pun pergi pejabat pos. Berapa lama dah ye awak apply? Kalau lebih dari 3 minggu, buat yang atas ni, kalau belum 3 minggu, bersabar dulu okay? :)

      Delete
  14. Salam sis. saya lepasan diploma. tp belum konvo lg. bole ke nak dapatkan transkrip dan sijil tamat belajar? lepastu saya uitm cawangan lain, memang kena hantar borang di alamat uitm shah alam? thankyouuu sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, boleh dapat, nanti nyatakan tarikh konvo, takpun tahun konvo, yup, semua urusan transkrip kena pos kat shah alam

      Delete
    2. kalau nak mohon sijil tamat belajar dan transkrip, kena rm20 ke??

      Delete
  15. kalau dah bayar 10 tu terus dapat ke transkrip nya ? tak payah tunggu 5 hari bekerja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau walk in dapat terus, tapi kalau pos, depends pada tempat tinggal, tempoh dalam 5-14 hari

      Delete
  16. Salam, memang perlu ke transkrip ni masa awal daftar degree? Apa beza sijil asasi dan transkrip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, ada ke sijil asasi? Zaman saya dulu, asasi takde sijil. Selalunya, transkrip ni memang diperlukan. Transkrip ni macam report card foundation kita. Depends la dokumen yang universiti tu minta

      Delete
  17. hai..sy nk tnya..sijil tamat belajar boleh ambil di hea uitm shah alam?saya dr kampus cawangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai . Sijil tamat belajar tu untuk asasi atau dip / deg ? Kalau asasi , zaman saya takde sijil tamat belajar , mungkin awak boleh call lecturer tanya pasal sijil tamat belajar ni . Sorry , tak dapat bantu .

      Delete
    2. oh..tkpe2 btw nk tnya kalau walk in amik transcript tu anytime boleh ke di hea uitm shah alam?as long office hour ye?sorry for asking..heee

      Delete
    3. Yup, anytime boleh , as long as office hour . No probs . Glad to help you .

      Delete
  18. Hai. Saya lepasan diploma & bakal sambung degree. Nak tanya surat pengesahan tamat pengajian tu penting ke utk sambung degree? Nak ambik kat mana ye? TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai . Saya pun kurang pasti , boleh tanya pensyarah . Maaf , tak dapat membantu ;/

      Delete
  19. hai ive a big problem here. minggu ni saya dah nak daftar masuk degree but transkrip asasi saya tak sampai2 lg. so nak buat mcmna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama da eh? Kalau lebih 2 minggu, boleh call uitm tanya @ pergi pejabat pos berhampiran tanya.

      Delete
  20. Assalam sis. Kalau transkrip kita hilang, boleh apply guna cara ni kan ? Tapi pihak UiTM akan berikan official transcript atau hanya surat pengesahan penganugerahan? Because ada blog lain kata UiTM hanya keluar kan official transkrip sekali sahaja. So sorry sis sebab agak confuse. Hope sis boleh tolong. Thank you in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , dia bagi official transkrip. Kalau nak senang , boleh call bahagian konvokesyen , double comfirmation balik

      Delete
  21. Saya x faham yg paymend for second copy transcript tu saya perlu pilih yg mana1 antara 3 tu. 1 lagi collection of transcript tu in person or by mail yg saya perlu pilih. Thank u maaf byk soalan

    ReplyDelete
  22. By pos.Transkrip nie x semestinya blh diambil di kampus sahaja kan. Method yg awk bg tu pun blh follow right? Sbb mostly kwn2 saya cko nk ambil transkrip kena G kat kampus sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa, boleh-2, boleh ikut cara ni. . kalau nak amik by pos, tandakan dekat 'mail'. Payment, RM10. awak pergi dekat pejabat pos, cakap nak beli wang pos RM10. Kalau dia tanya atas nama siapa, cakap atas nama Bendahari UiTM. Kemudian, awak poskan wang pos yang dah beli tadi tu sekali dengan borang yang awak isi tu. Selalunya, transkrip akan sampai dalam masa 2 minggu paling lama. Kalau tak sampai, awak call pihak UiTM bahagian transkrip ni. Faham tak?

      Delete
  23. Klo saya nak ambik transcript diploma ngan ijazah sekali boleh tak gune stu je wang pos?

    ReplyDelete
  24. Maksud nye gune rm 10 ringgit je untuk 2 transkrip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu transkrip satu wang pos@ rm10, jadi kalau dua transkrip, rm20

      Delete
  25. hello^^ alamat tu utk semua uitm ke???kalau uitm sarawak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, yups, untuk semua UiTM. Tapi, better refer dululah dekat UiTM Sarawak ,

      Delete
  26. lau blom konvo lg blh mntak transkrip x

    ReplyDelete
  27. Salam, sye student degree tp masih tak grad lg.. boleh ke sye mintak transkrip dekat alamat yg awak letak tu? Sye dr uitm melaka..

    ReplyDelete
  28. salam sis,, apa maksud dengan wang pos tu,,? masa pos tu nak kena masukkan RM!0 sekali ke,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , wang pos tu kita boleh beli dekat pejabat pos, kira macam cheque la.. wang pos ni, pihak uitm sendiri nanti akan tukarkan dalam bentuk cash. Sebab dia takut, kalau kita bagi cash, duit tu akan hilang. So, nanti kepilkan sekali dengan borang yang dah diisi. Faham tak?

      Delete
  29. As salam..saya dh 8 tahun grad diploma..tp baru2 ni saya check transkrip ori hilang pulak..still boleh buat lagi ke?

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , in sha Allah boleh. Kena call bahagian konvokesyen utk mklumat lnjut ❤

      Delete
  30. wang pos memang nama 'BENDAHARI UITM' saja ke?

    ReplyDelete
  31. Salam. kalau nak walk-in, perlu tunggu sampai 2/3 hari ke untuk transkrip tu siap? or boleh dapat immediately? and kene call universiti dlu ke sebelum ambil? tq :)

    ReplyDelete
  32. salam. kalau nak walk-in, perlu tunggu 2/3 hari ke untuk transkrip siap? atau boleh dapat immediately? and kene call UITM dlu ke sebelum ambil? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Biasanya boleh dapat on the spot. Tapi kena tunggu kejap lagi, maybe dalam 15 mnit - 1 jam.. selalunya tak call pun takpe, lagi2 yang baru abis belajar, kalau dah dalam 5,6 tahun abis belajar tu, better call dulu la. Harap membantu

      Delete
  33. Salam Kak utk sambung penerapan degree guna mini transkrip ke transkrip rasmi. Saya x konvo lg so blh ke minx transkrip rasmi??? Transkrip rasmi nie blh ambil juga me do hea UiTM shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , guna transkrip rasmi rasanya . . Belum konvo pun boleh je minta transkrip rasmi . . Yup , boleh ambil kat Salam

      Delete
  34. Penerapan kan akak guna transkrip rasmi ke mini transkrip??? Transkrip rasmi nie blh ambil ke even x konvo lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup , boleh ambil . . Tak pasti , transkrip rasmi kalau tak silap

      Delete
  35. Assalamualaikum, nk tnya, kalau walk-in tu dapat on that same day ke ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam , biasanya akan dapat pada hari yang sama , cuma kena tunggu sikit la, either 1/2 an hour atau lebih . .

      Delete
  36. Assalamualaikum,
    Untuk walk in, boleh bawa cash RM10 bayar kat sana cash atau kena juga Bayar dekat mesin ATM Bank Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam , rasanya tak boleh , kalau bawa cash pun , dia akan suruh pergi ATM juga. .

      Delete
    2. Terima kasih atas reply. Saya ada baca blog lain yang first stepnya kita kena menelefon terdahulu untuk janakan bil sebelum pergi bayar kat ATM, adakah perlu?

      Delete
    3. Saya kurang pasti yang ni, biasanya , terus pergi ATM, pilih menu yuran IPT semua tu, pastu cari kod belakang dia 007 . . Tak pasti pula kalau prosedur baru . .

      Delete
  37. Salam...saya sudah 6tahun grad ... Masih ada rekod lagi x agak2 nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, in sha Allah ada. Boleh call bahagian konvokesyen uitm untuk kepastian

      Delete
  38. Salam kak, boleh ke kita mntk tlg kwn buatkan transkrip ? Mcm akak ada comment dkt ats kita kena byr thru atm but kalau kwn yg tlg buatkan tp kad atm bukan kita punya mcm mana ye ? Ke kita kena byr dulu then tunjukkan resit tu dkt kwn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Yup, kawan boleh buatkan. Boleh je kalau guna kad ATM kawan, cuma, masa untuk masukkan matric card no, key in yang awak punya. Kalau nak lagi mudah, awak g bayar dulu, then, bagi kat kawan resit tu, either yang ori punya resit atau awak bagi gambar & kawan awk print gambar resit tu.

      Delete
  39. Salam.. Boleh kah trus mohon kerja guna transkip tamat blajar tu.. Contoh tmat diploma, then apply jwatan2 diploma walau blum convo..(spa8,jobstreet,jobsmalaysia).. Or kena guna spm pnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, kurang pasti la. Maaf tak membantu sangat

      Delete
  40. Akak nak tanya , kalau walk in ke shah alam terus boleh ke ? tanpa buat bayaran RM 10 . sebab tak boleh buat bayaran melalui atm , tak tahu sebab apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walk in boleh. Nanti pergi bhg konvokesyen

      Delete
  41. AsSalam. Saya nak tanya, kalau nak ambil transkrip dari UiTM selain dari Shah Alam, kena guna alamat yg tertera di atas jugak ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Yups. Guna alamat atas =)

      Delete
    2. Terima kasih atas respond. Satu lagi, tarikh convo pada borang pendaftaran tu penting ke? Sebab sy baru 3 bulan habis. So, tarikh convo masih belum tahu bila. Boleh ke kosongkan je dekat ruangan tarikh convo tu? Terima kasih

      Delete
    3. Boleh je kosongkan. Kalau letak bulan dengan tahun pun okay =) atau tahun je ke

      Delete
  42. Okay. Terima kasih banyak ya. Sangat membantu 👍

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥