Friday, 7 August 2015

5 Surah yang Perlu Dijadikan Amalan

syafi khizar | 13:33 | 5Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum ..


Semua surah dalam al-Quran sangat penting dalam kehidupan kita . Setiap ayat al-Quran memberikan pengajaran dan tauladan dalam hidup kita . Walaupun 'Alif Lam Mim' (Hanya Allah sahaja yang mengetahui maksudnya) .


Kali ni Yaya nak kongsikan antara 5 surah yang perlu kita jadikan amalan harian dan istiqamah dengannya .


1. Surah Yassin :

Dalam sebuah hadis , Allah ada menyatakan bahawa sesiapa yang memulakan harinya dengan membaca Yassin , Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi . Biasanya , masa duduk asrama dulu , kami amalkan baca Yassin selepas solat Subuh . :)


2. Surah Al-Waqiah :

Surah al-Waqiah mampu mencegah daripada kebuluran dan kemiskinan . Setiap hari , selepas selesai Solat Sunat Dhuha , amalkan lah membaca Surah al-Waqiah . In shaa Allah , kemiskinan dan kebuluran tidak akan menemuinya .


3. Surah Ar-Rahman :

Cikgu sekolah Yaya selalu pesan , amalkan membaca Surah ar-Rahman selepas Asar . Kenapa ? Sebab Surah Ar-Rahman membantu menanamkan sifat syukur dalam diri kita . Selain itu , Surah Ar-Rahman mampu mencerdaskan otak .


4. Surah Al-Mulk :

Selepas solat Isya' , rajin-2 kan lah luangkan sedikit masa untuk membaca Surah al-Mulk . Dengan beristiqamah membaca Surah al-Mulk , Allah janji akan pelihara hambanya daripada azab kubur .


5. Surah Al-Kahf :

Sering kali kita dengar orang-2 tua berpesan , bacalah Surah al-Kahf pada hari Jumaat kerana dengan membaca Surah al-Kahf , diri kita akan disinari 'Nur' dan diampunkan dosanya diantara dua Jumaat .


Semoga , kita sama-2 beristiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah . In shaa Allah . Amiin :)


Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

5 comments:

  1. Terima kasih share..stkat ni 2 surah drpd 5 surah ni akk cuba amalkan..surah yasin dan surah al mulk..nti nk tmbah lagi..insyaAllah amin..

    ReplyDelete
  2. semoga kita diberi kekuatan untuk amalkannya.. ameen~

    thanks for sharing.. ^_^

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥