Friday, 14 August 2015

Cara Membeli No. PTPTN

syafi khizar | 17:51 | 2Comments |

Bismillah ..


Assalamualaikum ..


Siapa tak tahu PTPTN tu apa ? Okay , jangan nak jadi macam katak di bawah tempurung okay . PTPTN ni adalah salah satu daripada sumber untuk kita membuat pinjaman kewangan bagi menampung yuran pembelajaran . Haa camtu la cerita dia . XP


Okay , memandangkan keputusan UPU bagi Lepasan STPM 2014 dan setaraf dah keluar , ni lah masanya untuk korang cari dana bagi membiayai kos pembelajaran korang . Salah satunya , untuk IPTA dan IPTS adalah dengan memohon pinjaman PTPTN . 


Macam UPU juga , Nak mohon PTPTN kena beli nombor pin , nombor pin PTPTN berharga RM 5 dan boleh beli di BSN . Terdapat 3 cara untuk membeli nombor PTPTN , 


1. Kaunter BSN :

Senang je , pergi dekat kaunter BSN tu cakap , 

'Bang / Akak , saya nak beli no pin PTPTN' 

Kemudian , isi borang , nama & No IC kalau tak silap , bayar RM 5 , tunggu sekejap , then mereka akan bagi la slip no pin PTPTN .


2. Mesin ATM :

Kalau nak beli no pin PTPTN menggunakan mesin ATM , pembeli perlulah mempunyai kad ATM BSN . Tak kisah lah kita nak guna kad mak , ayah , abang , kakak , makcik , pakcik , asalkan diorang benarkan . Cuma , masa nak isi beli no pin tu , bawa masuk lah No IC kita , jangan no IC diorang pula . 

Bawa masuk kad > Tekan no pin > Pilih Lain-lain > Pilih beli No. PIN > Tekan PTPTN > Masukkan No IC > Akan keluar menu semakan dan pembayaran > Pastikan semua betul , tekan YA > Tunggu sekejap , slip No pin PTPTN akan dikeluarkan .


3. SMS :

Kaedah melalui SMS ni Yaya tak berapa pasti , jadi , Yaya google kan untuk kamu . Mula-2 kita mesti ada akaun Online Banking BSN . Caranya seperti di bawah ini .

PENDAFTARAN DI ATM / CDM

 - Masukkan kad MATRIX BSN

1.   Pilih Bahasa
2.   Masukkan NO. PIN
3.   Pilih Urusan Lain
4.   Pilih Perbankan SMS
5.   Pilih Pendaftaran
6.   Masukkan No Telefon Bimbit
7.   Urusan Telah Berjaya

8.   Slip dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC
9.   SMS pendaftaran berjaya akan diterima (6 digit M-PIN + 2 digit UAC)


PENTING:
Anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan nombor M-PIN di dalam telefon bimbit anda. Kerahsiaan nombor M-PIN adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Sekiranya berlaku kehilangan telefon bimbit, sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-2142 5258 dengan segera untuk pembatalan.



FORMAT SMS

Format Pengaktifan
ACT<jarak>M-PIN<jarak><4 digit UAC>XX

Contoh :  ACT 111222 123499
hantar ke 36898

NOTA: XX adalah 2 digit UAC yang akan dihantar dalam SMS pertama
Format Pembelian PIN
PIN<jarak>M-PIN<jarak>PTPTN<jarak>KP

Contoh :PIN 123456 PTPTN 700519085801
hantar ke 36898
Format Pengesahan
CONFIRM 1234
 atau CANCEL 5678
hantar ke 36898


Sekian , terima kasih . Harap membantu =D

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

2 comments:

  1. biase nk cek balance pinjaman dia ade mintak no pin ni..andai kate sye lupa no pin, camne sye nk cek balik no pin tersenut..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh tanya dekat pihak PTPTN semula

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥