Tuesday, 4 August 2015

Khasiat Biji Selasih

syafi khizar | 19:23 | 3Comments |
Biji Selasih a.k.a Telur Katak

Bismillah...


Assalamualaikum..


Budak-2 kecik akan selalu cakap nak minum air telur katak . Yaya pun tak terkecuali dalam golongan kanak-2 yang naif ni . Dah besar sikit baru tahu minuman yang selalu sebut telur katak , telur katak ni rupanya biji selasih .


Yaya akan kongsikan sedikit sebanyak khasiat yang kita peroleh sekiranya kita mengamalkan minum minuman yang ada biji selasih ni.. Perkongsian ini daripada Nekwan Syaza . Semoga bermanfaat .




  1. Dapat mengurangkan panas badan.
  2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
  3. Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
  4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
  5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
  6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
  7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.
  8. Merawat sembelit dan heartburn , Heartburn ni acid indigestion.
  9. Dijadikan bahan aroma terapi dan minyak wangi.
  10. Merawat jangkitan , sakit perut , gigitan serangga , penawar demam , penambah selera makan , membantu penghadaman dan mengurangkan panas demam & batuk
  11. Berkesan sebagai antibiotik

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.



Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan

3 comments:

  1. bnyak khasiat rupanye biji selasih yg chumillll tu.. hehe. btw, nice info dear ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau Cik Meow .. Sedih kan? Pandai makan je selama ni ..

      Delete
  2. Untuk kencing manis bagaimane nk merawat nya dan juga darah tinggi ini ada boleh kongsi pengalaman

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥