Friday, 14 August 2015

Lin Dan Akhiri Zaman Kegemilangan

syafi khizar | 22:11 | 2Comments |
Bismillah ..


Assalamualaikum . . .


As a Badminton Player during school days , of course la I kena ambil tahu pasal perkara-2 yang meibatkan Badminton ni . Ahh , Dah lama tinggalkan zaman kegemilangan badminton ni . Bila entah nak berubah =P .. Cerita dia , di Astro 817 , tengah panas dengan Kejohanan Badminton Dunia . Dunia okay , bukan calang-2 tournament . So , apa cerita semasa badminton sekarang ni . Ikuti laporan di bawah .


JAKARTA: Bintang sensasi China, Lin Dan mengakui kecewa di atas kekalahannya ke atas pemain Denmark, Jan O Jorgensen 12-21, 15-21 dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Stadium Tertutup Istora Senayan, hari ini. Jogensen akan membuat perhitungan dengan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dalam aksi separuh akhir, esok. Juara dunia lima kali itu, berkata dia tidak beraksi pada tahap prestasi sebenarnya dan mengakui Jorgensen bermain lebih baik dan berhak untuk menang.

"Saya kecewa dengan prestasi saya, saya tidak bermain dengan baik. Apa pun, saya terpaksa terima kekalahan ini," kata Lin Dan sejurus tamat perlawanan. Kekalahan itu menyaksikan Lin Dan terlepas peluang untuk menjadi pemain terbanyak merangkul gelaran juara dunia pada penampilannya di sini. Lin Dan, 32, berpeluang untuk menjadi pemain terbanyak merekodkan kejuaraan jika dia berjaya muncul juara buat kali keenam di Jakarta. Setakat ini, dia sudah meraih lima gelaran juara dunia iaitu pada 2006 di Madrid, 2007 di Kuala Lumpur, 2009 di Hyderabad, 2011 di London dan 2013 di Guangzhou. Dia berkongsi kedudukan dengan legenda badminton Korea Selatan, Park Joo Bong yang turut merekodkan lima kejuaraan. Joo Bong meraih dua gelaran juara dunia dalam acara beregu lelaki manakala tiga lagi menerusi beregu campuran.

Lin Dan tak hensem macam zaman muda remaja dia . -__-

2 comments:

  1. Lin Dan dah kalah so adalah peluang untuk Lee Chong Wei menang! HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii . Haha , in sha Allah , kalau ada rezeki

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥