Sunday, 2 August 2015

Nak Bercinta Boleh , Tapi......

syafi khizar | 15:12 | 2Comments |
Sebab kakak Yaya asyik membebel , gambar desktop , DP semua laman sosial , background phone , screenlock phone /Tab , semua gambar yang sama . Meh Yaya tukar semua tu . Gambar atas ni aci tak? Mihmihmih.. -__-


Bismillah...


Assalamualaikum...


Entry ini agak panjang . dan .. Lebih kepada pengalaman + nasihat + pengajaran + tauladan buat diri dan mereka yang berminat . Yang tak berminat abaikan . Sekian , terima kasih . 


Semua makhluk atas muka bumi ni diciptakan berpasang-pasangan. Tak percaya? Boleh buka al-Quran , Juz' 30, surah ke-78 , ayat ke-8 .

78:8

And we created you in pairs 

Suka , sayang , cinta , semua tu fitrah manusia . Fitrah semula jadi . Takde yang terkcuali . Cuma untuk perasaan suka , sayang , cinta semua tu , kena lah pada orang yang betul , tempat yang betul dan juga masa yang betul.. Dahulukan cinta Allah , jangan sesekali mendahulukan cinta manusia . Hidup tak akan tenang dan bahagia. 


Kalau ada yang bertanya

'Yaya pernah bercinta tak?'

Jawapan Yaya :

Pernah ! Pernah terjebak dengan Incik Cinta . Yaya pun tak tahu macam mana boleh terjebak dengan semua ni.. Sekarang dah insaf . :)


Jujur Yaya cakapkan , dari azali lagi , Yaya tak berniat apa-2 untuk melukakan perasaan orang , mempermainkan perasaan orang . Cuma yang ada pada waktu tu perasaan bersalah , kesian dan takut . 


Zaman sekolah menengah , mungkin cinta kura-2 . Kenapa bukan monyet? Ikut suka la , :P . Zaman sekolah menangah , tak tahu nak cakap gembira atau sedih . Tapi sedikit penyesalan ada la juga . Yaya tak berniat nak anggap seseorang pada masa tu lebih daripada seorang kawan atau kekasih . Jujur ! Yaya cuma anggap sebagai abang angkat @ senior , tapi Yaya tak berani suarakan , sebab takut . Takut . Iya . Bila orang dah suarakan cinta pada kau , tergamak kau nak cakap sesuatu yang mungkin merosakkan masa depan dia? Mesti la tak kan. So, Yaya senyapkan . dan , orang cakap layan je la . 


Lepas beberapa tahun , Yaya selalu juga la baca pasal hukum-2 cinta , suka semua ni , Kemudian , zaman tu Yaya guna twitter lagi , Yaya ada terbaca , "Tak mustahil, orang yang selalu jadi sweet talker ni akan gunakan perkataan yang sama pada perempuan lain" Contoh perkataan 'sayang' . Saat tu , Yaya cuba beranikan diri untuk menjauhkan diri . Iya , jauhkan diri . Beberapa bulan lepas tu , ternyata , sweet talker will always be a sweet talker to another girl . ||Ayat macam keling, abaikan!||


Orang kata tak baik menganiayai orang lain walaupun dalam perkara 'Cinta' , kelak diri sendiri akan terima padah yang sama . Kenapa Yaya berani sangat untuk matikan hubungan tu? Sebab Yaya sedar , ikhtilat Yaya kurang terjaga . Ikhtilat macam mana? Yaya takde keluar semua tu , tetapi ikhtilat dalam pergaulan jarak jauh , ikhtilat masa bermesej .. Malam tu , Yaya minta kekuatan daripada Allah untuk kuatkan Yaya melukakan hati seorang insan . Ayat al-Quran , 'La taqrabu zina' bagi kesan pada Yaya malam tu . Nope ! Berbulan-bulan sebelum tu.. Yaya banyak muhasabah diri balik , Yaya teringatkan mak & ayah , Yaya teringat kenapa ilmu susah sangat nak masuk dalam dada Yaya . Yaya teringat semuanya . Yaya perasan , Yaya telah buat sesuatu yang mendapat kemurkaan Allah , yakni , mendekati zina . 


Masa tu , Yaya tak kisah, 'dia' nak cakap apa , nak marah , benci atau apa-2 . Yang Yaya tahu , Yaya taknak jadi penyebab penambah dosa orang lain , penambah titik hitam dalam hati orang lain dan Yaya taknak berada jauh daripada Allah.. :) Alhamdulillah , masa stalk hari tu , seperti 'dia' sudah bahagia . :) Yang penting , Yaya taknak letak titik hitam dalam diri manusia bergelar 'teman tapi mesra , Boypreendddd ,or else' Biarlah dia nak buat titik hitam sendiri , tapi jangan disebabkan Yaya . 


Masa asasi hari tu , ustazah ada pesan , kamu belajar dulu bersungguh-sungguh , kemudian barulah mencari teman sehidup semati . Balas jasa ibu bapa kamu . Jangan berhabis duit kepada yang tidak halal buat kamu . Jangan menangis kepada yang tidak halal buat kamu . Kamu akan rugi . Iya , Sangat rugi . From that day , Yaya yakin , apa yang Yaya buat betul , menjaga hati orang itu perlu , tetapi hati ibu bapa lebih diutamakan . =) 


Ustazah cakap lagi , kalau dia betul-2 sukakan kamu , dia akan datang terus berjumpa ibu bapa kamu sebelum dia berkawan dengan kamu . Ya . I found one . Bukan 'dia' tapi orang lain . Sebaya . Hasil daripada kena gossip tak sangka gossip tu betul rupanya . T_T Tapi , Yaya anggap semua ni sebagai dugaan dan cabaran hidup . Yaya belajar menjauhkan diri  . :) Yaya tak mudah melatah untuk izinkan 'kawan baru' berjumpa ibu bapa.. Capai kata sepakat, "kalau dah jodoh tak ke mana, Habis belajar kalau ada rezeki, ada lah, takde rezeki, ada yang lebih baik" Hidupku bebas , tak rasa macam ada kepentingan untuk mencari teman buat masa sekarang ni . Alhamdulillah , lepas dah minta taubat betul-2 kepada Allah , segala urusan harian dipermudahkan . Alhamdulillah , Yaya boleh menghafal dengan mudah . Bila titik hitam sudah hilang , Nur Ilmu akan menyerap masuk ke dalam Qalbu dengan mudah . Jangan kejarkan perkara dunia , kejarkan ilmu-2 akhirat , in shaa Allah , dipermudahkan . 


Yaya yakin , 'dia' akan baca entry ni . Ampun salah dan silap . Semoga bahagia hendaknya . Amiin. 


P/s : Nak bercinta boleh , tapi... adakah cinta itu diredhai Allah? Fikir-2 kan , dan semoga kita semua peroleh hidayah-Nya . Amiin :) 

2 comments:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥