Thursday, 6 August 2015

Peristiwa Bersejarah Bulan Ogos

syafi khizar | 07:49 | 0Comments |
Bismillah .


Assalamualaikum .


Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia . Tapi , dalam bulan Ogos ni juga , ada beberapa peristiwa penting dan amat bersejarah buat Malaysia . Antaranya :



13.08.1960 :

Tunku Abdul Rahman diumumkan sebagai pemenang Hadiah Magsaysay daripada Filipina kerana kejayaannya memimpin masyarakat berbilang kaum di negara ini .


27.08.1965 :

Masjid Negara dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail .


29.08.1970 :

Tun Abdul Razak Dato' Hussein merasmikan Wisma Belia di Jalan Lornie, Kuala Lumpur .


15.08.1981 :

Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) merasmikan Akademi Laut Malaysia di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru Melaka .


07.04.1998 :

Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan Masjid Bukit Aman sempena ulang tahun ke-191 penubuhan Polis Diraja Malaysia .


26.08.1999 :

Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pertukaran nama Institut Teknologi Mara atau ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) .


20.08.2002 :

Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan Tasik Putrajaya yang merupakan tasik buatan manusia .


04.08.2003 :

Kembara Merdeka Jalur Gemilang dilancarkan oleh Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia .


25.08.2006 :

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam merasmikan Muzium Kastam Diraja Malaysia yang terletak di tepi sungai Melaka di Bandar Hilir . 


Zainab Rahmat. (2015). Dewan Pelajar : Peristiwa Bersejarah Bulan Ogos. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.





Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥