Wednesday, 5 August 2015

TAWARAN YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN (YBSTAR) 2015

syafi khizar | 15:14 | 0Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Yaya rasa macam menarik je YBSTAR ni . Kepada yang layak , jom sama-2 mohon ;)


1) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) sedang mencari calon-calon yang layak dan berpotensi untuk ditaja di bawah Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR).
2) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
a. Syarat-syarat Asas
i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;
ii) Memperolehi kredit dalam subjek Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
iii) Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA dalam peringkat pengajian seperti berikut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf dalam dan luar negara :
(1) Ijazah Pertama – untuk pengajian di dalam negara sahaja.
(2) Ijazah Lanjutan – untuk pengajian di dalam dan di luar negara.
b. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
BILKELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIK
AIJAZAH PERTAMA
Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya.
BIJAZAH LANJUTAN
Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.
CKRITERIA TAMBAHAN
Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan; dan
Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti.
3) BIDANG & PROGRAM TAJAAN
a. Bidang kursus dan program yang ditaja mengikut keutamaan adalah seperti berikut:-
BILBIDANG PENGAJIANPROGRAM
APROFESSIONAL / IJAZAH LANJUTAN
  1. The Association Of Chartered Certified Accountants ( ACCA )
  2. Institute Chartered Accountant In England And Wales (ICAEW)
BIJAZAH LANJUTAN
(SARJANA DAN PHD)
  1. Fakulti Komunikasi
    • Kewartawanan
    • Komunikasi Massa
  2. Fakulti Sains
    • Sains Marin
    • Sains Forensik
    • Sains Biologi (Genetik / Geonomics / Proteomics)
    • Learning Sciences
    • Sains Sosial & Antropologi :
      (Kebudayaan, Sosiologi, Sejarah)
    • Sains ( Kaunseling )
  3. Undang-Undang
  4. Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  5. Pengurusan Alam Sekitar
  6. Ekonomi Antarabangsa :
    Finance / Islamic Banking
  7. Bahasa Asing (Foreign Language)
  8. Pelancongan & Hospitaliti
CIJAZAH PERTAMA (INSTITUSI DALAM NEGARA SAHAJA)
  1. Fakulti Kejuruteraan
    • Mekanikal, Kimia, Elektrik & Elektronik, Marin, Rekabentuk Industri
  2. Fakulti Seni Kreatif
    • Seni Muzik, Seni Koreografi, Seni Kebudayaan
  3. Pertanian (Agrobase)
  4. Perhutanan / Perkayuan
  5. Akuakultur
  6. Farmasi
  7. Fisioterapi
  8. Usuludin & Syariah
  9. Sains Sukan
  10. Sains Sosial & Psikologi
  11. Teknologi Makanan (Nutrisien)
4) KRITERIA PEMILIHAN
Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihan akan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel.
5) CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
a. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
b. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation.
c. Pelajar-pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.
6) KADAR BIASISWA
Pemohon yang berjaya mendapat Biasiswa YBSTAR akan diberikan bantuan biasiswa bagi membiayai kos pengajian mereka yang merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi setahun sekali, Elaun Tesis dan lain-lain, tertakluk kepada pengajian masing-masing serta perubahan dari semasa ke semasa, jika ada.
7) TEMPOH KONTRAK / BONDING
Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan YBSTAR dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sarawak sekurang-kurangnya bagi tempoh lima (5) tahun.
8) CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui borang permohonan YBSTAR yang boleh didapati di :
i) Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching;
ii) Muat turun borang melalui laman sesawang Yayasan Sarawak di http://www.yayasansarawak.org.my
iii) Pemohon hendaklah memaklumkan alamat email semasa memohon bagi tujuan komunikasi dan semua komunikasi akan dibuat melalui email ; ATAU
iv) Permohonan secara On-line melalui laman sesawang di http:/www.yayasansarawak.org.my
b. Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI ;
c. Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu ;
d. Pegawai atau Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa samada bergaji penuh atau separuh gaji ;
e. Setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan akan disenarai pendekkan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan yang berjaya melalui proses ini akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Tarikh, masa dan tempat temuduga akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Sekretariat YBSTAR ;
f. Calon akan dinilai oleh Panel Temuduga dan Pemilihan YBSTAR semasa sesi temuduga. Hanya calon yang berjaya semasa sesi temuduga sahaja yang akan diperakukan kepada Lembaga Amanah untuk proses pertimbangan dan kelulusan ;
g. Calon yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Lembaga Amanah akan dimaklumkan secara rasmi oleh Sekretariat YBSTAR ; dan
h. Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa atau email.
9) TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada Khamis, 3 September 2015 jam 4.00 petang.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-
SETIAUSAHA KERJA
YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN

d/a Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
Telefon : (082) 441686
Faks : (082) 440023

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥