Thursday, 13 August 2015

Tips Berblogging dengan Nuffnang

syafi khizar | 17:16 | 18Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Pada petang yang indah nan permai ni , Aicehh . Yaya nak kongsi sedikit tips mengenai Nuffnang . Sebenarnya , idea buat entry ni tercetus pabila Kak Ena yang comel ni komen dalam Entry CPUV Nuffnang #5


Yaya dengan Encik Nuffnang ni baru masuk bulan kelima , rasanya la . Masa berblogging tahun 2009 , Yaya tak letak pun Encik Nuffnang dalam blog . Ye la , zaman tu kanak-2 remaja lagi , orang ada blog , kita pun nak ada juga . Mudah terikut la katakan . Ekeke . Bila da besar ni , baru perasan kepentingan berblogging sebenarnya . Dan , start tahun ni , memang nak blogging dengan penuh bersungguh-sungguh sampai , em' usia 'muda' . >_< Alhamdulillah , dari bulan kedua / ketiga dengan Nuffnang , Yaya diberi kesempatan untuk merasai CPUV Nuffnang yang pertama . Rasa macam awal sangat pun ada juga . Rasa macam lambat sangat pun ada juga . Tapi , syukur selalu . Amboii , promote hashtag TV3 nampak .


Macam yang ramai bloggers tahu , Nuffnang merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan dalam dunia blogging ni . Nuffnang terbahagi kepada dua kempen , CPC dan CPUV Campaign . Bagi ramai bloggers , kita lebih sukakan CPUV Campaign , sebabnya , orang tak payah datang klik iklan kita pun , kita akan dapat earnings . Kalau orang yang datang blog kita klik iklan CPUV Campaign , bonus tambahan akan diberikan . Lain cerita pula dengan CPC Campaign , CPC Campaign ni , income kita akan dijana hanya bila ada orang klik iklan tersebut . Kalau dia cuma datang singgah tak klik , maka takkan ada earning yang dijana .


Dulu , Yaya ada la buat sedikit Tips , cara-2 untuk dapatkan CPUV Campaign bagi bloggers baru . Nak baca entry mana ? Boleh klik Tips Dapatkan CPUV Campaign . Kalau entry ni , semua tulisan je , hari ni , Yaya olah kembali dengan adanya gambar dan sedikit penambahan .


Mula-2 , mestilah kita kena masuk web Nuffnang tu sendiri , pastikan ada account Nuffnang , kalau dah ada baguslah , cuma login je balik . Bagi yang tiada account Nuffnang , boleh layari : http://www.nuffnang.com.my


Mula-2 , kita mesti kenal setiap menu tab yang ada dalam web Nuffnang ni .



Tengok bahagian BLOG MANAGER


Bagi Menu Blog Stats , dia akan keluar graf dan bilangan pelawat di blog kita pada hari tu . Ada dua jenis pelawat , satu unique visitors dan satu lagi visitors je . Apa beza dua ni ? Kalau untuk visitors je , orang tu dah pernah melawat blog kita beberapa kali . Dan unique visitors pula maksudnya , berapa orang pelawat baru yang singgah blog kita . Kalau boleh , cuba dapatkan unique visitors dalam sehari sekitar 200-300 orang . Setiap hari maintain jumlah ni , Kalau dapat maintain kan jumlah yang lagi tinggi dari tu , lagi bagus . Kenapa penting unique visitors yang tinggi  setiap hari ? Sebab , ni bermaksud , ramai orang yang berbeza suka datang blog kita , blog kita mungkin banyak info yang mereka cari , mostly , pihak pengurusan Nuffnang akan bagi CPUV Campaign pada bloggers yang tinggi unique visitors dia . 


Menu Came From , dari tab menu ni , kita akan dapat tahu bloggers dari negara mana yang suka singgah blog kita . Em , bagi Yaya , tak penting sangat menu tab ni , takyah usha hari-2 pun takpe .


Keywords , Okay , ni penting juga . Bagi Yaya , ia penting sebab kita tahu orang godek-2 apa kat blog kita , nak cari info pasal apa . Bila kita dah tahu apa yang orang cari dalam blog kita , kita boleh la buat entry berkaitan . Dengan cara ni , kita dapat tingkatkan traffic blog kita . Lagi bagus kalau dalam blog orang lain takde langsung info pasal keywords yang dicari . Cuma blog kita je yang ada macam-2 info tentang keywords yang dicari . Secara tak langsung , kita dapat tingkatkan unique visitors kita . Kalau nak buat sesuatu entry , cara terbaik adalah kita google dulu , ada tak orang buat entry pasal apa yang kita nak sampaikan , kalau ada , macam mana olahan dia ? Sama tak macam apa yang akan kita tulis . Nak buat entry macam nak buat karangan , tak boleh sama dengan orang lain , kalau sama , takde umpph la jawabnya .


Referrels : Macam references , dari mana diorang tahu mengenai blog kita , Yaya abaikan je part ni , tak penting pun , tapi kadang-2 ada la juga tengoknya . Nak tahu dari mana diorang tahu pasal blog kita ni .



Tengok bahagian EARNINGS :


Dekat bahagian earnings , bila kita tekan , akan keluar dua table . Satu CPUV Campaign , dan satu lagi CPC Campaign . Dari sini lah kita dapat tahu berapa jumlah earnings untuk setiap iklan kita tu , dari sini juga lah kita dapat tahu ada CPUV Campaign atau tak , dari sini lah kita kena pikirkan cara tingkatkan earnings. 


Hmm . . Itu je yang Yaya rasa apa perlu kita tahu mengenai Nuffnang ni . Eh , ada lagi , tapi dalam entry yang lain pula ya . Kalau Yaya sambung lagi , komfirm ! Panjang berjela . Oh lupa . Susun atur Nuffnang dalam blog sangat penting . Kalau nak dapatkan CPUV Campaign , letak ketiga-2 jenis susun atur Nuffnang dalam blog . Jangan ada yang tertinggal pun . Kalau tinggalkan , peluang dapatkan CPUV Campaign Nuffnang tersangatlah rendah . 


P/s : Hmm , rasa macam buat karangan pendapat pula . Mujur takde peribahasa bagai , kalau ada , Yaya nak minta cikgu sekolah tandakan la . XP

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

18 comments:

  1. Kak PC sedih juga bila singgah blog kawan kawan..nak isi tabung..tabung tak ada..seronok sebenarnya isi tabung..kita membantu cara tidak langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak . Terasa kosong kadang-2 , Nak tolong-2 . Tak dapat tolong pula :'(

      Delete
    2. isi tabung Murni lerr klu begitu..hihihi

      Delete
    3. thanks..perkongsian yg menarik tu..sebab akak pon baru juga dengan Nuffnang ni

      Delete
  2. Owh, kena ade tiga2 ye..tq yaya..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups . Kena ada tiga-2 , baru boleh dapat CPUV

      Delete
  3. Saya baru mula bersama Nuffnang 7 ogos tu huhu sy pun mcm yaya, mula2 suka2 blog saja, lama2 baru rasa kepentingan blog dan kelebihan blog sebenarnya. terima kasih kongsi tips ni :)
    sy follow ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-2 , Good luck bersama Nuffnang :)

      Delete
  4. Tahniah sbb dapat cpuv baru, kita pun baru dapat jugak.hehehe

    ReplyDelete
  5. nice tips yaya.. bantu kawan2 blogger yg blur pasal nuffnang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah , tu la , tolong mana yang boleh

      Delete
  6. great info! bru start blogwalking lagi arini. mmg sebok sesangat. btw, sy dh follow awk tau! =) thanks for info.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay ! In sha Allah , akan berkunjung ke blog nanti . Nantikan ^_^

      Delete
  7. Thanks ye yaya..info yg sgt berguna tuk sy..

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥