Wednesday, 5 August 2015

Tips Mudah Menghafal Al-Quran

syafi khizar | 19:39 | 0Comments |



Bismillah..


Assalamualaikum..


Hari ni , terpanggil untuk buat sedikit perkongsian ilmu . Yaya bukanlah Hafizah yang datang dari sekolah-2 Tahfiz di atas muka bumi ni . Yaya seorang yang biasa-2 sahaja . Namun , keinginan yang tinggi dah lama tersemat dalam hati . Jeles tau tengok para hafiz / hafizah ni . Masa pergi umrah , mesti target , setiap kali umrah , mesti nak cuba hafal satu juzuk dekat kota suci Mekah & Madinah , malangnya , tak dapat tunaikan lagi .. In shaa Allah , umrah / haji tahun depan , Yaya cuba lagi .



Yaya takde lah terer sangat bab hafal ayat-2 suci al-quran ni . Masih dalam proses belajar lagi . Kelas Yaya dulu ada dua orang tahfiz & salah sorang tu adalah labmates Yaya .. Adalah juga kadang-2 dengar diorang borak cara diorang hafal al-Quran . Serius , tersentuh hati bila dengar diorang baca al-quran . Timbul rasa malu dan jeles secara tak langsung .


Okay la , memandangkan Yaya pun masih dalam proses pembelajaran , Yaya akan kongsikan sedikit tips untuk menghafal al-quran . 


1. Niat 

Niatkan kerana Allah dan istighfar banyak-2 . Minta Allah terangkan hati kita dan permudahkan proses penghafalan kita . Niatkan hafal al-quran bukan untuk menunjuk-nunjuk , tapi untuk dunia dan akhirat serta membantu kita di Padang Mahsyar nanti .


2. Baca ayat sekurang-kurangnya 10 kali 

Baca ayat yang hendak dihafal tu sebanyak 10 kali . Baca . Bukan hafal . Perhatikan betul-2 ayat-2 Al-Quran tu . Tajwid . In shaa Allah , pada kali kelima yang kita baca tu , secara automatik , kita akan dapat ingat ayat tu. 


3. Hafal ayat tu 10 kali

Lepas dah baca , hafal ayat tu , Jangan tengok . Kalau tersangkut , baru tengok balik . Hafal tanpa tengok sebanyak 10 kali .


4. Baca maksud ayat yang dihafal .

Bagi yang pernah belajar bahasa arab , mudah untuk ingat kata kunci sesuatu ayat . Macam Yaya , Yaya ada sedikit ilmu Bahasa Arab , jadi , Yaya akan gariskan kata kunci (perkataan) yang Yaya faham supaya mudah ingat ayat ni berkaitan apa .


5. Test hafalan dalam solat

Selalunya , Yaya akan cuba baca dalam solat Maghrib / Isyak . Bila kita dah faham makna , maka mudahlah untuk kita khusyuk dalam solat . Sebab kita faham surah tu cerita pasal apa . Dalam masa yang sama , kita bantu sel-2 otak untuk berhubung dengan lebih efektif . Ayat al-Quran kan terapi bagi memperoleh ingatan yang kuat .


6. Tinggalkan maksiat

Bab tinggalkan maksiat ni , tak kisah lah , maksiat besar mahupun sekecil-kecil zarah macam couple , melihat aurat orang lain , mengumpat , dan lain-2 .


7. Ucapkan Alhamdulillah

Setiap kali selepas habis menghafal , syukur pada Allah . Berdoa supaya Allah kekalkan ingatan kita terhadap ayat-2 sucinya sampai bila-2.


Itu sahaja perkongsian ilmu daripada Yaya . Semoga bermanfaat .


P/s : Mereka pernah cakap , nak mula menghafal al-Quran , cuba mulakan dengan Juz Amma' sebab ayatnya masih pendek-2 lagi . Dah lepas juz Amma' baru mulakan semula dengan surah Al-Baqarah . :) 


No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥