Thursday, 11 August 2016

Penginapan Berhampiran MSU

S.K. | 13:19 | 11Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . . 


MSU unggul namamu , menjadi universiti pilihan . . . . Lalalala ~ *Okay , Yaya tak ingat lirik sebenarnya . Menyanyi lagu MSU jarang sekali , ingat melodi je . Maafkan saya Tan Sri , Puan Sri Presiden . 


Okay la , Yaya banyak juga la terima e-mel daripada awak dan rakan-2 awak semua bertanyakan mengenai MSU dan tempat penginapan . Mula-2 , Yaya rasa nak reply personal je setiap e-mel tu , dan tiba-2 rasa macam nak buat entry pula . Tahniah kepada semua yang bakal menjadi warga MSU a.k.a MSUrians . Enjoy your study here . Dan , 'Hai ! Saya Senior Farmasi awak' Ihiks . *Okay , menggedik* Jom kita explore .

1. Prima U1 Condominium


Tempat penginapan Yaya sekarang ni . Terletak berhampiran dengan Glenmarie dan Federal Highway . Berbanding tempat penginapan yang lain , Prima U1 ni antara yang jauh juga la , tapi alhamdulillah , kalau nak berjalan tu boleh la dalam 5-15 minit . Depends pada kelajuan kaki anda dan kesesakan lalu lintas . Apa yang Yaya boleh cakap , duduk dekat Prima U1 ni memang selesa . Sebab , ruang tamu dan bilik yang besar . Ada 3 bilik , dalam master bedroom ada toilet , ada dapur dan dekat dapur ada toilet juga . Ada koridor , boleh la buat untuk sidai baju . Ramai je student MSU yang tinggal kat Prima , so , jangan risau la kalau nak lintas jalan tu , mesti akan jumpa orang yang nak lintas sama.



2. Brunsfield Riverview Apartment

Ni antara tempat penginapan yang famous juga la untuk student MSU . Terletak betul-2 di belakang MSU . Kalau berjalan kaki , dalam 5 minit boleh sampai dah . Ada ruang tamu , 2 bilik , bilik air dan dapur . Yang ni apartment okay . 



3. Persanda Apartment

Honestly , Yaya tak pernah masuk lagi Persanda ni . Kedudukan dia di sebelah hospital MSU yang sedang dibina . Kalau tak silap Yaya , Persanda ni ada 2 bilik , ruang tamu , dapur dan bilik air . Kalau tak silap la . 



4. Menara U1 

Lebih dikanali sebagai Menara U . Ramai juga student MSU yang menginap kat sini . Ada 1 bilik air , 2 bilik , ruang tamu dan koridor . Menara U takde dapur , just ada pantri kecik je . Ala-2 studio suite kat hotel camtu . Menara U duduk kat sebelah Persanda .



5. Menara U2

Menara U2 pula , sekali lagi , sejujurnya , Yaya tak pernah masuk lagi . Eh , pernah , pergi court badminton dia je . Masuk rumah tak pernah lagi . Kedudukan Menara U2 mestilah sebelah Menara U1 .


6. Arte Subang West

Haa , yang ni baru lagi buka tahun ni . Kedudukan Arte ni , belakang Menara U1 . Kalau dilihat , agak mewah dan exclusive . Mungkin sebab baru lagi kot . Description untuk Arte ni , Yaya tak berani cank cakap . Yaya tak ingat . Sebab Yaya tak pernah masuk lagi Arte ni , cuma pernah baca flyers je la .


7. Perdana Apartment

Perdana ni antara yang jauh daripada MSU . Sebenarnya , tak jauh mana pun . Kedudukan Perdana ni adalah berhampiran dengan Giant Seksyen 13 Shah Alam . Isi dalam rumah ni , Yaya kurang pasti , sama juga , Yaya tak pernah masuk lagi kat dalam Perdana ni .


8. Indah Alam Apartment

Yang ni palinggggg jauh , nak jalan kaki tu , erm' pikir banyak kali sikit la eh . Tapi , antara yang selesa juga , sama macam Prima U1 . Mostly , student yang tinggal kat Indah Alam ialah mereka yang dapat sponsorship , scholarship , etc . Indah Alam ni , erm ' ada 3 bilik kalau tak silap , ruang tamu , bilik air dan dapur . Besar juga la ruang dalam rumah ni . 


Kalau minta pendapat Yaya , Yaya sarankan tinggal kat Menara U2 atau Prima U1 . Sebab apa ? Sebab Yaya rasa dua-2 ni memberi keselesaan . Yang lain-2 pun okay juga . Cuma , macam Yaya , dah biasa duduk dalam bilik sendiri-2 dengan ruang yang besar , so , Yaya prefer Prima U1 . In sha Allah , Yaya akan kekal duduk kat Prima U1 ni sampai habis degree . Malas lah nak pindah-2 melainkan kalau keadaan memaksa Yaya pindah . 


Anyway , Yaya perlukan seorang housemate . Kalau ada yang berminat , boleh e-mel kat Yaya . Dan , Yaya perlukan pengganti untuk jadi roomate Yaya juga , Kalau housemate ni , tak kisah intake bila , tapi untuk roomate tu , untuk mereka yang bakal masuk bulan Oktober atau pertengahan September . 

Thank you for reading :)

Read on: Kenapa Perlu Masuk MSU

11 comments:

  1. Banyaknya tempat tinggl pilihan student MSU..mewah2 gitu..psstt..brpa sbln?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak , tapi , kena pandai pilih , harga tak tentu . Depends pada agent @ owner rumah tu

      Delete
  2. Hai sis yaya. Boleh saya dapatkan email sis?

    ReplyDelete
  3. Hai, I have a question regarding MSU's accomodation. If I were to stay at Arte Subang West, is there any provided transportation by MSU for me to use in order to go to MSU? Or is Arte Subang West is just a walking distance from MSU?

    ReplyDelete
  4. Hai iam looking for a place to stay for jan 2017 , is ur room still available or not?

    ReplyDelete
  5. i really want to study in msu dalam course Tourism Management. so did you hv friend yg belajar course ni , just wanna ask , elok tak belajar tourism dekat msu , macam mana pensyarah semua ok tak? btw kalau nak amik hostel dia ni rasanya nak amik through agent or cari sendiri sebab ramai org kata yg agent poovan tu cekik darah. hope you balas dengan cepat . THANKS !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry , takde kawan yang belajar kos tu.. so, tak boleh nak komen apa-2. Better cari sendiri . . Under owner . . Kalau nak through agent boleh juga , kena banyak kali tapis la tapinya .

      Delete
    2. Under agent slalu mahal better cari yg direct owner ๐Ÿ˜‰

      Delete

๐Ÿ’Œ 0617 Comments๐Ÿ’ฌ ♥ Thank you lovely ♥