Tuesday, 21 February 2017

Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi

S.K. | 17:00 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Okay ! Nak buat tutorial sikit . . Ceh ! Takdelah tutorial manakan , cuma nak tolong kawan-2 je . . Takut ada yang kurang yakin nak isi macam mana Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ni . . Sebenarnya , apa tu Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ? 


Dalam bahasa ringkasnya , BPPT ni , dia pengganti kepada Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) . . Dia ganti dengan cara memberikan Kad Debit Bank Rakyat . . Dalam kad ni ada RM250 . . Lepas tu  cara penggunaan dia lain sikit dah , kalau BB1M dulu , student guna untuk beli buku , kali ni , student bebas nak beli apa-2 menggunakan Kad Debit Bank Rakyat tu . . 


Kebiasaannya , pihak universiti akan uruskan , tapi , kali ni , 100% atas bahu student . . Student kena apply sendiri . . Kalau student tu dah sedia ada Kad Debit Bank Rakyat , kalau nak RM250 ni juga , student tu tetap kena apply juga , sebab nanti , pihak Bank Rakyat akan wujudkan satu akaun baru  (akaun berasingan) untuk masukkan RM250 ni . . Kad debit kali ni hasil kerjasama Bank Rakyat dan KPT tau . . Hmm , KPT tu Kementerian Pengajian Tinggi . . Okay ?


Tempoh Permohonan :

16 Februari 2017 - 31 Mac 2017


Langkah 1 :




Langkah 2 :


Isikan maklumat peribadi



Langkah 3 :


Tandakan ✔ pada semua kotak


Langkah  4 :


Semak semula maklumat yang diisi dan klik SUBMIT


Langkah 5 :


Pendaftaran anda telah berjaya . . 


Langkah 6 :


Tunggulah email , nanti dah dapat email , boleh kutip KADS1M tu . . 


Semoga bermanfaat =)

1 comment:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥