Saturday 19 September 2015

Perbezaan Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi

S.K. | 01:39 | 15Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Yaya ada terperasan keywords yang orang selalu cari juga la dalam blog Yaya ni , apa dia perbezaan antara Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi UiTM . Dan , Yaya rasa perkara ni tak terhad kepada UiTM sahaja , malah universiti-2 lain juga . Macam entry Yaya sebelum-2 ni , Yaya ada terangkan prosedur untuk dapatkan Transkrip Rasmi UiTM kan ? Ok , dalam entry kali ni pula , Yaya akan terangkan fungsi , perbezaan dan cara untuk dapatkan Mini Transkrip UiTM .


Mini Transkrip UiTM dalam erti kata lain adalah transkrip sementara untuk para pelajar . Contoh la , pada 1 Jun result final exam keluar dan pada 8 Jun kita ada interview . Dan ada dinyatakan , perlu membawa transkrip semasa interview tu . Okay , kita boleh minta terus transkrip rasmi tu , kalau walk-in akan dapat secara on the spot . Tapi , kalau kita minta secara pos , transkrip rasmi takkan dapat dalam masa 2-3 hari bekerja . Apa yang kita boleh buat , kita boleh call bahagian fakulti dan minta mini transkrip , kalau UiTM , secara amnya , akan dikenakan cas sebanyak RM1 untuk sehelai transkrip.


Dari segi kandungan Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi UiTM adalah sama , iaitu mengandungi keputusan peperiksaan kita setiap semester . Dari segi rupa dia sedikit berbeza , kalau Mini Transkrip , bentuknya dalam kertas A4 putih manakala Transkrip Rasmi UiTM berbentuk seperti sijil dan berwarna-warni . Untuk tujuan interview , kita boleh bawa Mini Transkrip sebagai Transkrip kita tapi , bila dah dapat Transkrip Rasmi , kita kena bagi satu salinan kepada mereka . Mini Transkrip , secara keseluruhannya , kita gunakan untuk interview sahaja . Untuk meminta biasiswa , komfirm ! Tak boleh guna Mini Transkrip . =)


Diharapkan , semuanya jelas ya . Terima kasih bertanya .