Monday 23 May 2016

Interview Farmasi UiTM

S.K. | 11:40 | 1Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Hari tu dah cerita pasal Interview Dentistry UiTM , Interview Dentistry USM , Interview Pharmacy MSU . Hari ni , nak cerita pula pasal Interview Pharmacy UiTM . 


For the first time , nak masuk Farmasi UiTM , kena lulus iv . First time okay . Iv ni , bukan pengalaman Yaya , pengalaman  junior Yaya . Yaya cuma share-2 je . Yaya rasa sekarang ni , Yaya obses nak buat entry berkaitan pengalaman interview mana-2 universiti . AWAS ! Ini semua pengalaman junior Yaya , so , Yaya ambil bulat-2 apa yang junior Yaya cakap . Flow untuk iv Farmasi UiTM macam kat bawah ni eh . 


  • Dalam pukul 8.30 am, student untuk iv dikumpulkan dalam satu dewan kuliah , masing-2 duduk dalam DK tu borak-2 , kenal-2 satu sama lain (Dalam 100 lebih calon)
  • Kemudian , akan ada satu taklimat
  • Student dibahagikan kepada 18 orang satu kumpulan (untuk kumpulan besar)
  • Kemudian , daripada 18 orang tu , dibahagikan kepada 3 group , jadinya , akan terhasil 6 orang satu group kecil
  • Start iv dalam pukul 10 am macam tu
  • Kumpulan-2 kecil tu akan masuk dalam bilik iv (keenam-enam orang sekali)
  • Dalam bilik iv  , akan ada 6 station yang berbeza , setiap sorang akan duduk kat satu station
  • 2 station untuk station berehat , dan 4 station untuk sesi tanya dan jawab soalan
  • Student diberikan masa 2 minit untuk buat brainstorming , dan kena jawab soalan panel dalam masa 5 minit
  • Satu station WAJIB speaking manakala 3 station lagi boleh pilih nak bahasa apa

Setiap station tu , diuji perkara yang berbeza-beza ;

1. Motivation Station

Soalan tentang basic knowledge pharmacy & kenapa nak jadi ahli farmasi . Senang citer , common question la , pasal diri semua tu


2. Critical Thinking Station

Dia bagi teka-teki kemudian kita kena justify answer kita . 


3. Ethic Station

Soalan pasal tindakan-2 yang akan kita ambil , berdasarkan situasi yang diberikan


4. Communication Station

Soalan pasal kita bagi advice kat orang berdasarkan situasi yang diberikan


Okay , tamat sudah . Good luck semua . =) Harap membantu . 

Wednesday 11 May 2016

Interview Dentistry USM

S.K. | 23:45 | 3Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


First of all , nak ucapkan tahniah kepada Junior Tersayangggg , aicewaaahhh , Sebab dapat interview Dentistry USM . Tahniah . Tahniah . Tahniah . Dengan itu , berbesar hatilah Yaya nak kongsikan pengalaman junior Yaya semasa pergi temuduga Dentistry USM . Bagi Yaya , temuduga dentistry ni, hampir setiap universiti menggunakan kaedah yang sama ; ada Sesi Temuduga dan Sesi Wire Bending.


Mengikut cerita dan pengalaman junior Yaya , interview dentistry USM ni adalah..........
  • Secara individu
  • Boleh buat bahasa rojak which is Bahasa Melayu + English
  • Kena buat kajian serba sedikit mengenai Dentistry
  • Speciality yang ada dalam bidang Dentistry
  • Ujian Wire Bending
  • Soalan-2 cliche ; Kenapa nak ambil Dentistry , Kenapa USM , kenapa , kenapa dan kenapa
  • Ada lebih kurang dalam 3-5 orang panel

Lepas Yaya dengar apa yang junior Yaya ceritakan , Yaya berpendapat , sekiranya kamu nak ambil bidang Pergigian , buatlah kajian yang mendalam mengenai bidang Pergigian tersebut , kena ambil tahu isu semasa mengenai bidang pergigian , ambil tahu kepakaran yang ada atau yang diperlukan dalam bidang pergigian , ambil tahu segala-gala yang berkaitan bidang pergigian . Oh , lagi satu , sebab kita nak masuk rumah orang kan , jadi , kita kenalah ambil tahu serba sedikit pasal struktur organisasi rumah orang tu . 


Tips paling penting dari Yaya , Be confident , 'Confident will cover everything" , Well prepared & Banyakkan bertanya balik soalan kepada panel .  Supaya , panel impress dengan prestasi kita , supaya panel nampak kesungguhan kita untuk lakukan sesuatu perkara , dan supaya kita berjaya dengan cemerlang , gemilang , dan terbilang dalam interview Dentistry itu . . .  Sekian dari Yaya .